Songs Lyrics, Music Lyrics, English Song, Lagu Melayu, Lagu Indonesia.. Hope you Enjoy... :p
RSS
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S U V W

Din Beramboi Meninggal Dunia




DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA

Din Beramboi.. siapa yang tidak kenal dengan Din Beramboi.. Namun begitu kemunculan Din Beramboi telah berakhir pada tanggal 12.35pg tadi di hospital Selayang. Itulah berakhir seorang pelawak terkenal di Malaysia Din Beramboi.
Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri 44 tahun.

Pasti ramai yang terkejut dengan berita ini.. tetapi inilah kenyataan Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita...

Din Beramboi dikatakan mengidap Dengi berdarah (Dengue Shock Syndrome) . Din Beramboi telah dimasukkan ke hospital pada petang isnin lalu keranan mempunyai tanda-tanda demam denggi Beliau juga dikatakan tenat sejak petang semalam dan di masukkan ke unit rawatan rapi icu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kemudian pada 12.30 pagi, 2 April 2010 beliau telah pergi meninggalkan kita semua.


Takziah buat keluarga beliau semoga roh Din Beramboi dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Menurut adik Din Beramboi, Rozana Mior Badri, Jenazah beliau akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat jumaat.

Sebagai ummat islam marilah kita sama-sama mensedekahkan alfatihah buat allahyarham Din Beramboi.... Semoga Rohnya dicucuri rahmat..

No comments:

Post a Comment